Microsoft Powerpoint

4 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 3 September 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas Microsoft Powerpoint. Kelas tersebut dihadiri oleh 6 orang murid sekolah rendah. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan presentasi peserta dalam pembuatan slide dengan baik. Para peserta dikehendaki untuk membuat slide tentang subjek Pendidikan Islam.

Oleh itu, mereka dapat sekaligus mengulangkaji pelajaran subjek tersebut. Selain itu, powerpoint membolehkan mereka membuat nota yang ringkas tetapi tepat dan padat. Mereka boleh memilih pelabagai jenis bentuk, tulisan, warna yang menarik dan sesuai. Dengan adanya kelas tersebut, mereka dapat menguasai powerpoint dan dapat memudahkan mereka untuk membuat slide ataupun nota ringkas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali